DIPOTONG
TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH
Dikisahkan bahwa semasa berlakunya
kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir
menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku
dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."
Setelah fakir miskin itu berkata
demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih
panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka
keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak
gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun
mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya
sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia
dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan
meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu
menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang
ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan
mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan
gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis
tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan
pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah
dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak
gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung,
manakala ibunya juga telah merahasiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka
apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial
suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu
bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan
tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami berkata demikian,
maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang
kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu,
"Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu
telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada
halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara
tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan
kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya
dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tamu kita,
walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka
sesungguhnya dia adalah tamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud, "Barangsiapa menghormati tamu, maka sesungguhnya dia telah
menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah
memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tamu, dia telah
menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia
telah menjadikan murka Allah S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud, "Sesungguhnya tamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang
mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu
rahmat."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar